Entri tag ‘melayu’

Dilema Melayu kerana tolak Islam

Diterbitkan pada Kategori islam, Ucapan

Kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1990 adalah tercatat dalam sejarah. Hakikatnya pelaksanaan DEB menyebabkan Bumiputera tak kemana, melainkan ada segolongan sahaja yang mengecapi nikmat. Tetap sasaran pemilikan kekayaan negara hanya 18 daripada 30 peratus yang disasarkan. Kenapaa gagal? Dr. Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr. Mahathir sembunyi punca?

Kita sedang menyambut maulud Nabi Muhammad SAW maka kita sepatutnya mengambil ajaran Nabi, iaitu mengajar kita menjalin persaudaraan dan berkasih sayang. Nabi tidak ajar kita supaya mementingkan bangsa. Justeru tidak harus kita mengungkitkan soal dilema atau tidaknya bangsa kita.

Bila sebut kepentingan satu-satu bangsa, sudah tentu akan ada bangsa lain yang sensitif dan berdendam. Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam, kerana inginkan kepentingan yang sama. Atas dasar inilah Islam mengajar kita mengutamakan persaudaraan. Lantaran atas nama bangsa akan timbul apa sahaja tindak balas berupa dendam kesumat.

Wahai UMNO, baliklah kepada Islam

Diterbitkan pada Kategori Isu Semasa, Ucapan

Nampaknya isu Ketuanan Melayu masih menjadi ratib yang tidak henti-henti keluar dari mulut pimpinan UMNO. Peliknya tidak pula istilah ini disebut ketika Konvensyen BN 2010 yang lepas.  Adakah Ketuanan Melayu tidak boleh menembusi pintu Dewan San Choon, Wisma MCA di mana konvensyen itu berlangsung?

Ketuanan hendaklah kembali kepada Islam. Tidak dinafikan bahawa di negara ini majoriti umat Islam ialah berbangsa Melayu, ini sepatutnya menjadi satu kebanggaan bangsa Melayu sendiri yang sudah menerima Islam beratus-ratus tahun yang lampau. Bukankah Islam itu anugerah daripada Allah SWT? Firman-Nya (surah Ali-Imran ayat 19):

Maksudnya:  Sesungguhnya, ad-Din (agama yang benar) di sisi Allah hanyalah Islam.

Tidakkah hanya orang yang bertuah sahaja yang akan menerima anugerah daripada Allah SWT? Ini kerana Islam adalah anugerah, maka bertuah dan rahmatnya mereka yang dianugerahkan hidayah Islam.

Islam Menghebatkan Melayu

Diterbitkan pada Kategori Ucapan

Kita berbangga kerana kejayaan satu-satu usaha. Menjadi satu-satu bangsa bukan kerana usaha apa-apa, ditakdirkan Allah begitu. Tidak adil bagi Allah kiranya Dia melebihkan satu-satu bangsa atas bangsa lain. Bangsa yang tidak dilebihkan akan terasa hina tak pasal-pasal.

Allah sendiri berfirman:

Bermaksud: “Hai, manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mengenal.
(Surah Al Hujuraat, ayat 13)