Entri tag ‘kebajikan’

Berkebajikan sebagai aset menghadapi akhirat

Diterbitkan pada Kategori Informasi, islam

Semasa Yang Berhormat Dr. Siti Mariah Mahmood dan Yang Berhormat Senator Mumtaz Md Nawi mengunjungi saya bagi mendapatkan beberapa tip untuk meningkatkan amal kebajikan dalam parti, maka saya telah menyebutkan beberapa pengamatan yang dikira berkaitan dengan seruan meningkatkan iman dan takwa demi menjadi seorang insan yang berkebajikan. Ia adalah ramuan berkebajikan menghadapi akhirat.

1. Mengikut ajaran Al-Quran, dalam surah al-Mulk bererti Kerajaan. Semua Kerajaan hendaklah mengamalkan sistem yang sama dengan kehendak Kerajaan Allah Subhanahu wa Taala. Firman Allah (Al-Quran surah al-Mulk ayat 1):

Bermaksud: “Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai Kerajaan/pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

2. Allah Subhanahu wa Taala berkuasa buat dunia maka Dia juga penuh berkuasa membuat akhirat.

Sumbangan Kifalah, Bukti Kelantan Negeri Berkebajikan

Diterbitkan pada Kategori Ucapan

Sempena penyampaian sumbangan kifalah kepada wasi peringkat Negeri Kelantan pada 7 Februari 2010, di Padang Majlis Daerah Machang.

Firman Allah subhanahu wa taala,

Maksudnya, ”Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda, yang mana Allah telah menjadikan kamu sebagai wakil dalam menguasai dan menguruskannya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu, serta membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah), mereka tetap beroleh pahala yang besar.”
(Surah al-Hadid, ayat 7)

Segala pujian bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam, salawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga baginda.Tidak dilupakan doa kita kepada ibu bapa yang telah pergi lebih awal meninggalkan kita; semuga Allah mengampunkan mereka.