Salam Penghayatan Hari Wukuf Sempena Idul Adha 1432H

 

 

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh, kepada semua umat Islam diucapkan selamat menyambut Hari Raya Idul Adha 1432H.Sebagaimana biasa (menjelang) Hari raya Idul Adha ialah berlaku sehari sebelumnya Hari Wukuf atau Hari Arafah. Hari untuk berhenti dan berdoa di Padang Arafah. Maka kita di Kelantan, sejak 18 tahun lalu turut mengadakan Majlis Menghayati Hari Wukuf. Ia sebagai tanda sama-sama menghayati cara ibadat haji para Jemaah Haji di Tanah Suci.Justeru bagi tahun ini, saya menyeru agar setiap kita dapat berdoa. Antara doa ialah pertama “mohon Allah beri ke Negeri Kelantan ini royalti minyak, dan keduanya agar perjuangan Islam ini dapat (menang) sampai ke Putrajaya.

Ambillah pengajaran daripada maksud Surah al-Israk (ayat 76):

 

 

Maksudnya:
Dan sesungguhnya mereka hampir-hampir berjaya mengganggumu daripada tinggal aman di bumi (Mekah) dengan tujuan mereka dapat mengusirmu dari negeri itu; dan jika berlaku demikian, maka mereka tidak akan tinggal di situ sesudahmu melainkan sedikit masa sahaja.”

Ayat ini adalah bayangan kepada janji Tuhan kepada Nabi Muhammad SAW tatkala orang Mekah buat khianat terhadap baginda. Sesungguhnya (khianat itu) tidak lama (13 tahun), Nabi kemudian berhijrah ke Madinah. Tidak lama selepas itu (pada tahun 8 Hijrah) Nabi Muhammad SAW berjaya kembali menawan Mekah.

InsyaAllah, semoga kita semua dapat meningkatkan amal ibadat dan kebajikan, agar kita tetap dirahmati Allah di hari Idul Adha ini.

 

Maksudnya :

“Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah! Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu,Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu (Tuhan) yang tidak ada sekutu bagi-Mu Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu,
Sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu”.

Allahu Akbar!

  • Amanat yang disampaikan sempena Usrah Perhubungan, Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS Negeri Kelantan, Jalan Dato’ Pati, Kota Bharu Kelantan 8 Zulhijjah 1432/4 Oktober 2011.
Bookmark and Share   

Entri Berkaitan