Natijah Bersih 3.0 – Pilihanraya Adil Meraih Pahala

Berarak berakar di Kuala Lumpur, akar ini pula bermula sebagai aktiviti keduniaan. Namun setiap aktiviti di dunia, Islam mengajaarnya, pasti pengakhirnya ialah pembalasan di akhirat. Oleh sebab itu, tingkah laku manusia perlu selari dengan prinsip agama yang membolehkannya sampai  ke syurga. Sama sekali ia tidak boleh selari dengan kahidupan yang menjurus ke neraka.

Mengingatkan peristiwa perhimpunan besar  rakyat Mesir di Medan Tahrir Kaherah, ia berlaku dalam keadaan percanggahan fatwa antrara ahli jemaah fatwa Mesir dengan pengerusi majlis ulama sedunia, Dr. Yusof Al-Qaradawi. Jemaah fatwa kata tidak boleh berhimpun, sementara Al-Qaradawi kata boleh berhimpun untuk menentang mungkar. Justeru lebih 10 juta rakyat Mesir keluar menyahut seruan Al-Qaradawi. Hebatnya fatwa Al-Qaradawi itu, regim Mubarak terguling dan suatu pilihan raya diadakan. Syukur ke hadrat Allah, parti sekutu Ikhwanul Muslimun telah menang dan harapnya cahaya Islam terus gemilang di Mesir.

Meskipun di sebalik perhimpunan besar Medan Tahrir ada pihak tidak setuju kerana ada kejadian pertempuran dan kekecohan, namun ia sebagai nilai tribulasi yang mengharmonikan politik bernegara yang sebelumnya bergelumang dengan mungkar menyebabkan pelbagai kekecewaan umat Islam.

Namun kesannya peristiwa di Medan Tahrir itu, muncullah nilai harmoni politik bernegara berteraskan nilai-nilai keadilan sejagat  bertunjangkan Islam. Hakikatnya, urusan menentang perkara mungkar adalah tanggungjawab yang wajib.

Firman Allah SWT:

Bermaksud:  “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya” (Al-Nahl 16:90).

Bayang daripada peristiwa perhiumpunan besar Medan Tahrir pastinya tidaklah bertaraf perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. Bersih 3.0 adalah sumbangan besar rakyat yang perihatin dengan kemelut politik Melaysia yang masih bergelumang dengan kekotoran yang perlu dibersihkan menjelang pilihan raya umum ke-13. Justeru Bersih 3.0 adalah bermatlamat untuk menuntut pilihan raya yang bersih agar berlaku suatu proses pemilihan rakyat secara adil dan telus. Matlamat ini tidaklah serupa dengan perhimpunan Medan Tahrir yang mengulingkan regim Mubarak. Maka sewajarnya matlamat Bersih 3.0 dapat disokong sama pihak Majlis Fatwa Kebangsaan.

Namun begitu, lain pula ceritanya apabila Majlis Fatwa Kebangsaan dilihat amat berprasangka terhadap kesedaran rakyat Malaysia yang terluah menerusi perhimpunan Bersih 3.0. Justeru semua pihak harus merenung beberapa persoalan yang dapat memberi penilaian seadilnya kepada loghiknya perhimpunan Berisih 3.0.

Pertama, apakah kerja memasukkan sejumlah pengundi hantu (menyebabkan senarai pendaftaran pemilih jadi kotor)merupakah kerja maaruf? Ketahuilah, kerana wujudnya pengundi hantu itu, ada pihak yang mendapat untung (menang pilihan raya). Sedangkan ia satu taktik kotor. SPR sendiri pun sudah mengakui wujudnya nama-nama pengundi yang identitinya diragui. Ia turut disahkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), iaitu ada nama-nama berkenaan tiada dalam rekod JPN. Paling diragui, dikatakan masih ada ramai nama pengundi yang umurnya melebihi 100 tahu dan beribu-ribu pula yang telah mati masih kekal sebagai pengundi sah. Justeru segala keraguan senarai pemilih itu pasti bersifat mungkar yang perlu dicegah. Justeru pengundi hantu adalah mungkar yang merosakkan amalan demokrasi dan di sisi Islam sesuatu yang mungkar, ia perlu dicegah. Jika tidak dicegah, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan proses pengundian dan ia memungkinkan pula ada pihak-pihak yang berkepentingan atau yang berkuasa, mengambil kesempatan untuk memastikan atas nama pengundi hantu itu ada pihak yang boleh hadir mengundi.

Kedua, persoalan pengundi hantu itu telah banyak kali dibangkitkan kepada pihak SPR sendiri. Termasuklah atas nama parti PAS dan juga pihak Kerajaan Negeri Kelantan telah acap kali membangkitkan, malah menyerahkan memerandum kepada SPR agar dapat diselesaikan. Pihak Kerajaan Negeri Kelantan yang diketuai Timbalan Menteri Besar telah berjumpa wakil SPR yang sertai Dato’ Nordin Che Ngah, Timbalan Setiausaha SPR bersama Pengarah SPR Kelantan, dan turut menyampaikan maklumat sama untuk diambil tindakan pembersihan nama pemilih yang diragui termasuk yang mati. Tidak ketinggalan juga, setiap kali pihak PAS menyertai siri-siri pilihaan raya kecil sepanjang tempoh 2008 hingga 2011 seperti pilihan raya kecil di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Permatang Pasir, Manek Urai, Galas, Bagan Pinang, Merlimau dan Kerdau yang kesemuanya pihak parti PAS  sentiasa mengemukakan bukti-bukti mengenai keraguan dan ketidak telusan dalam proses pilihan raya. Berikutnya pula, menerusi Pejabat Agung PAS, pihak Setiausaha Agung bersama dengan Pengarah Pilihan Raya PAS acap kali mengunjungi SPR berbincang dan menyampaikan pandangan termasuk memorandum untuk SPR mengambil langkah sewajar. Paling terkini lagi, pihak PAS turut menghantar wakil dalam jawatanakasa terpilih parlimen untuk penambahbaikan pilihan raya.

Namun, kesemuanya tiada hasil yang memuaskan. Dengan sebab itu, pendekatan NGO menubuhkan BERSIH dilihat sebagai saluran untuk rakyat bersama-sama menzahirkan tuntutan bersama agar pihak Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno sekarang mengambil langkah positif ke arah penambahbaikan proses pilihan raya di negaraa ini.

Ketiga, cuba renungkan sejenak sekiranya pihak PAS dan parti-parti Pakatan Rakyat berada sebagai penguasa Kerajaan, kemudian mengekalkan keadaan senarai pengundi hantu, pengundi mati dan seumpamanya dalam setiap kali pilihan raya, apakah pihak Umno dan Barisan Nasional tidak akan marah? Kita yakin Umno pun akan marah, maka apa sebab PAS dan Pakatan Rakyat tak boleh marah? Maka seadilnya pihak kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Mohd Najib dapat berlapang dada untuk melakukan sesuatu penambahbaikan pilihan raya. Tidaklah sampai membebankan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membinc angkan apa-apa fatwa atas perkara yang sudah terang lagi bersuluh.

Keempat, berhubung dengan maruah fatwa. Sebenarnya menurut rekod, Umno sendiri  sudah banyak kali didapati tidak mematuhi fatwa.  Ia jelas mencabar maruah fatwa itu sendiri. Antaranya berhubung larangan meletakkan kalungan bunga di tugu pahlawan jelas tidak dipatuhi. Begitu juga, pernah Mufti Perak sekarang menegur secara sinis akan perbuatan Perdana Menteri dan isterinya yang hadir ke kuil Batu Caves bersubhat dengan perayaan agama Hindu. Malah paling besar, berapa ramai pemimpin Umno dan isteri masing-masing yang melanggari (engkar) adab dan hukum pergaulan dalam Islam, sehingga ada pemimpin Melayu (baca Islam menuerut hemat Umno) yang menari tanpa menutup aurat di depan khalayak. Sedangkan perintah menutup aurat adalah hukum Allah yang termaktub di dalam Al-Quran. Jelas, Umno sendiri sudah tidak patuh kepada fatwa hinggakan hukum Al-Quran pun tidak dipatuhi. Apakah boleh kita katakan, sang Umno ini, hak Allah pun dia tolak?

Seterusnya yang kelima ketahuilah, sesungguhnya perkara yang dapat menyelamatkan kita di akhirat nanti ialah sejumlah pahala bukannya dosa. Tinggal lagi, bagaimana kita dan pemimpin Umno tetap yakin  bahawa kita akan dapat pahala. Sedangkan pahala itu datangnya dari Allah, kerana Nabi Muhammad sendiri tidak boleh beri pahala kepada umatnya.  Dalam hal ini, kita kena ingat, tatkala kita semua dibangkitkan di akhirat, hanya pahala bakal menyelamat kita. Kerana pahala seumpama ‘foreign currency’  (tukaran antara kebaikan dunia dengan untung akhirat) yang bakal dibentang di akhirat dan pasti menguntungkan sebagi tiket ke syurga.

 

Firman Allah SWT:


Maksudnya: Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya), Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekalian alam? Tidak sepatutnya (mereka melakukan perbuatan yang salah itu dan melalaikan hari akhirat)! Sesungguhnya “kitab suratan amal” orang-orang yang berdosa itu (didaftarkan) dalam “Sijjiin” (Al-Mutaffifiin 83:4-7).

Persoalannya, bagaimana bagi Umno yang berjuang atas nama bangsa itu akan menerima pahala dari Allah. Sedangkan amalan dan dasarnya semacam menjauhi pahala. Antaranya masih mengekalkan nilai pilihan raya yang tidak bersih––kotor, berat sebelah dan tiada ketelusan sehingga banyak perkara yang diragui tentang pilihan raya itu sendiri. Apakah semua nilai yang tidak bersih sedang dikawal oleh pemimpin Umno ini tidak akan disoal di hari pembalasan kelak?  Kita yakin, pemimpin Umno pun masih ingat akan hari pembalasan. Sesungghuhnya Allah SWT mengingatkan dalam firman-Nya :

Maksudnya: Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan – Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan (Al-Mutaffifiin 83:11).

Natijahnya untuk menyelamatkan kita di akhirat kelak semestinya dengan pahala. Justeru itu, kita kena ikut landasan iman dan ehsan bagi meningkatkan amalan ibadat dan asas-asas ketakwaan kita terhadap perintah Allah SWT.  Maka lihatlah kepada perjalanan demokrasi di negara ini sekarang, mana-mana yang bercanggah dengan nilai-nilai keimanan dan kehsanan serta meruntuhkan ketakwaan pastikan ia diperbaiki demi mencapai keredaan Allah. Hanya keredaaan Allah jua bakal menyelamatkan kita di akhirat kelak.

Bookmark and Share   

Entri Berkaitan