Ibu Bapa Pendidik Pertama, Ilmu Tenaga Gergasi Jiwa Manusia

Allah SWT berfirman,

 Bermaksud: “Dan Kami mewasiatkan kepada manusia agar berlaku baik terhadap ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan kepayahan atas kepayahan dan menyusukannya selama dua tahun. Maka hendaklah kau bersyukur kepada-Ku dan dan kedua ibu bapa kau. Kepada-Ku tempat kembali” (Surah Luqman (14) ayat 15).

Terima kasih saya rakamkan kepada pihak penganjur Himpunan Pendidik islam 2012 atas daya usaha menghimpunkan para pendidik, satu golongan yang memperkasa ilmu untuk ummah. Sekalung kenangan dan tahniah juga dari saya kerana turut mengiktiraf peranan insan seperti saya dalam menyumbang sekelumit ilmu untuk masyarakat atas pentas ceramah, di mimbar masjid dan pada kerusi kepimpinan bagi sebuah gerakan Islam bernama Parti islam Se-Malaysia.

Namun begitu, sekalung penghargaan yang sebenar-benarnya bagi dunia pendidikan yang harus diiktiraf adalah kepada ibu bapa kita semua.  Ibu bapa merupakan pendidik yang pertama sebelum guru atau pensyarah bagi setiap umat manusia di atas muka bumi ini. Apabila menyebut pendidik semua akan merujuk kepada guru tetapi terlupa bahawa ibu bapa adalah pendidik yang pertama.

Ibu bapa akan menyebabkan anak-anak, sama ada menjadi baik, nakal atau jahat. Ibu bapalah orang pertama jadi pendidik kita.

Atas peranan ibu bapa sebegini,  Nabi Muhammad SAW selalu menasihati umatnya supaya mencari pasangan yang beragama kerana sudah tentu dia tahu hubungan dengan Allah. Juga tahun akan hubungannya dengan suami, mertua dan keluarga. Justeru senarai pendidik mestilah meletakkan ibu bapa dalam senarai pertama.

                     

Begitulah juga, dalam sesebuah negara, sudah tentu ada kerajaan dan pemimpinnya. Justeru pemimpin yang terdiri daripada perdana menteri, menteri dan menteri besar adalah pendidik.

Oleh sebab itu, apabila perdana menteri rasuah, maka menjadi sebab untuk rakyat juga jadi perasuah. Inilah yang mustahak

 

Amat penting diingat, bermula dari ibu, kemudian cikgu, selepas itu menteri besar dan juga perdana menteri, kesemua adalah pendidik. Oleh sebab itulah, setiap pendidik harus ada ilmunya, kerana ilmu adalah tenaga gergasi yang akan membentuk jiwa manusia.

 

Saringan dari maksud Ucaptama  pada majlis Himpunan Pendidik Islam 2012 di Universiti Industri Selangor (UNISEL), Shah Alam  pada 22 Syawal 1433 bersaman 8 September 2012.

Bookmark and Share   

Entri Berkaitan