Diterbitkan pada 10 June 2012 Kategori Informasi, Keratan AKhbar
Ramainya makhluk Allah di muka bumi ini dan ramainya makhluk itu seperti juga manusia yang tak dapat dibilang sorang-sorang. Makhluk malaikat, binatang, batu-batan, bukit bukau dan seumpamanya memang tak dapat dapat dibilang. Namun tidaklah kerana ramainya sehingga tidak terhitung, maka Allah tidak mengutuskan Nabi untuk mereka. Hakikatnya Allah mengutuskan Rasul atau Nabi kerana kemuliaan darjat manusia. Lalu yang ada Rasul dan Nabi hanya untuk manusia. Kerana tujuan manusia dijadikan oleh Allah adalah sebaik-baik kejadian. Ia menandakan manusia satu makhluk yang disayangi oleh Allah SWT.
Firman Allah SWT;
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan” (Al-Israa’ ayat 70).
Diterbitkan pada 13 July 2009 Kategori Keratan AKhbar
KOTA BHARU, 13 Julai (Hrkh) – Semua kakitangan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta yang bertugas di negeri ini mendapat ‘cuti am’ esok (14 Julai 2009) yang diambil atas ‘Cuti Peristiwa’. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan perkara itu di pejabatnya kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.
“Setelah menghalusi dan mempertimbangkan keadaan hari pembuangan undi pilihan raya kecil Manek Urai yang barangkali dilihat sedikit tidak cermat, yang jatuhnya pada hari bekerja dan boleh menimbulkan banyak kesulitan, maka bersifat simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga terlibat, saya bercadang untuk mengistiharkan 14 Julai sebagai cuti am bagi seluruh negeri Kelantan,”ujarnya lagi.
Diterbitkan pada 26 June 2009 Kategori Keratan AKhbar
By Amir Muhammad
I RECENTLY attended a ‘live’ talk by Nik Abdul Aziz Nik Mat, even though there was no byelection in sight. It was on a Kota Baru street on a Friday morning.
He spoke for almost an hour but thousands of people stayed put. It’s a weekly ritual known as sekolah atas tembok, which in this context translates to mean ‘school on the street’ rather than ‘school on a concrete wall’. He didn’t have to raise his voice;
the 78-year-old is a skilled orator who makes people want to stay quieter in case they miss something.
Diterbitkan pada 2 June 2009 Kategori Isu Semasa, Keratan AKhbar
KOTA BHARU – Kemunculan puak Erdogan dalam Pas dianggap satu kelebihan kerana mereka dikatakan mampu melumpuhkan gerakan sesat yang dipimpin oleh Melayu Muslim yang menolak Islam dan memperjuangkan dasar kebangsaan.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abul Aziz Nik Mat berkata, sekiranya benar dakwaan wujudnya puak Erdogan di dalam Pas, ia adalah satu perkembangan yang baik kerana golongan ini mampu melemahkan pihak lawan.