Arkib kategori ‘Kenyataan Media’

Sejarah Agung Saidina Ali patut dikenang

Diterbitkan pada Kategori Kenyataan Media

Bersyukur ke hadrat Allah SWT atas terasminya Pasar Saidina Ali yang baru di Pekan Kok Lanas. Ia sebuah pasar yang berkaitan dengan perniagaan dan pemasaran.

Pusat pemasaran pula telah wujud dan menjadi pusat aktiviti perniagaan manusia zaman berzaman. Zaman dahulu tukar barang dengan barang––barter system––tukar garam dengan kayu, tukar beras dengan ubi, atau banyak benda yang ditukar-tukar. Selepas itu, perkembangan pemasaran berubah, orang mengunakan benda mewakili nilai barang––duit syiling, emas dan sekarang orang menguna duit kertas. Benda-benda ini adalah tabie yang berlaku dalam diri manusia.

Cadang Hudud di Johor: Tahniah dan silakanlah!

Diterbitkan pada Kategori Kenyataan Akhbar, Kenyataan Media

Saya mengalu-alukan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri Kemelah dari Umno, Datuk Ayub Rahmat yang mencadangkan agar Kerajaan Johor melaksanakan hukum hudud sebagaimana diucapkannya dalam Sidang DUN Johor pada 20 Jun lalu.Tahniah Umno. Saya bersyukur sangat-sangat atas kesedaran ini. Bagi saya sama ada Kelantan atau Johor dahulu tidak penting. Kelantan telah menghadapi halangan untuk laksanakan hudud, jika Johor mendahului Kelantan, silakanlah!

Majlis Fatwa : Jangan Berjalan Sebelah Kaki, Nanti Pincang Mengatur Langkah

Diterbitkan pada Kategori Kenyataan Media

Saya membaca laporan akhbar tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Tan Sri Dr. Abdul Shukor Hussin tentang  Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara. Menurut laporan akhbar, beliau menyatakan bahawa Islam membenarkan mencari keadilan tetapi melaui tindakan beradab.

Kelantan bertegas tidak membenarkan premis judi

Diterbitkan pada Kategori Isu Semasa, Kenyataan Media

Sepanjang seminggu lepas, pihak media begitu ghairah memutar isu pengharaman premis judi di Negeri Kelantan. Meskipun pengharaman itu sudah berlangsung 20 tahun yang lalu, namun ia diperhangatkan semula berikutan Kerajaan Pusat pimpinan Umno meluluskan penjualan loteri Big Sweep. Maka ada parti politik tertentu sudah tidak berpuas hati dengan polisi pengharaman premis judi sejak dasar Membangun Bersama Islam dilaksanakan.

Firman Allah SWT (Al-Quran Surah Al-Maidah 5:90):

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Polisi Negeri Kelantan selama ini adalah berpegang kepada kaedah fekah (qawaid fiqhiyyah ): “mengelak kemudaratan umum lebih utama daripada yang khusus.” Ia selari dengan sejarah pemerintahan Islam yang belum pernah mencatatkan mana-mana kerajaan di bawah mana-mana Khalifah membenarkan aktiviti judi kerana judi itu seolah-olah telah membunuh aktiviti ekonomi rakyat.

Kenyataan Media berhubung kehadiran majlis santapan malam KDYMM Yang Dipertuan Agong

Diterbitkan pada Kategori Kenyataan Media

Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan, baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut:

Sewaktu saya berada di hospital, HUSM Kubang Kerian saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur [24 Disember 2010]. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian-andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak Istana.

Terima kasih. Wassalam.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN
AL-MURSYIDUL AM PAS

Kota Bharu.
29 MUHARAM 1432/4 Januari 2011.