Diterbitkan pada 31 December 2012 Kategori Isu Semasa
Berhubung dengan isu “Amanat Haji Hadi’ yang dibicara dalam media massa sekarang, nampak sangat ulasannya terlalu berat sebelah. Semacam ada pengarahan yang mencetuskan suara-suara mendesak agar amanat tersebut ditarik balik oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato Seri Haji Abdul Hadi.
Justeru sukacita saya ingin ulangi sikap dan permintaan saya agar Tuan Guru Haji Abdul Hadi tidak melayan desakan itu dan tidak menarik balik apa yang disebut sebagai amanatnya itu.
Sebenarnya, tidak ada keperluan untuk ditarik balik, kerana jikalau ada yang tidak benar isi kandungan ucapan itu (yang dianggap amanat), seeloknya panggillah beliau dan dapatkan penjelasan.
Diterbitkan pada 19 December 2012 Kategori Isu Semasa

“Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.”
(Surah Al-Mujaadalah 58 ayat 11)
Diterbitkan pada 9 May 2012 Kategori Isu Semasa
Berarak berakar di Kuala Lumpur, akar ini pula bermula sebagai aktiviti keduniaan. Namun setiap aktiviti di dunia, Islam mengajaarnya, pasti pengakhirnya ialah pembalasan di akhirat. Oleh sebab itu, tingkah laku manusia perlu selari dengan prinsip agama yang membolehkannya sampai ke syurga. Sama sekali ia tidak boleh selari dengan kahidupan yang menjurus ke neraka.
Diterbitkan pada 26 April 2012 Kategori Aktiviti, Informasi, Isu Semasa
Tanggungjawab untuk hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib bagi seluruh rakyat di negara ini, khususnya bagi kita yang cintakan keadilan. Semua rakyat sewajarnya dapat hadir pada program Bersih 3.0 dengan untuk “Duduk dan Bantah” terhadap proses pilihan raya di Malaysia hari ini. Ia merupakan misi untuk menegakkan keadilan dalam negara ini.
Diterbitkan pada 22 February 2012 Kategori Isu Semasa

Pagi kelmarin, sekitar jam 9.30, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah datang menemui saya. Tujuannya adalah untuk menjelaskan maksud kenyataannya berhubung ‘keselamatan Israel’ yang disiarkan oleh Wall Street Journal pada Januari lalu.
Diterbitkan pada 11 September 2011 Kategori Informasi, Isu Semasa, Ucapan



Bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di Dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” – Surah al-Baqarah, ayat 185
Segala puji bagi Allah SWT selaku Pencipta, Pemerintah dan Pemelihara alam semesta. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan para pengikut setia baginda hingga ke akhir zaman. Atas limpah kurnia dan izin-Nya maka Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden tahun 2011 kali ini berjaya diadakan.
Justeru, rakaman terima kasih dan tahniah, pertamanya diucapkan kepada Dato’ Seri Tuan Guru Presiden atas ucapan dasar Muktamar PAS kali ke-57 pada 3 Jun 2011 bertempat di Dewan Dato’ Fadhil Noor ini. Atas tema MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN maka boleh disifatkan sebagai satu anjakan paradigma pemikiran politik PAS selaku sebuah gerakan politik-dakwah yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan. Ternyata, di sebalik tema ucapan dasar tersebut adalah mengandungi mesej yang jelas untuk dijadikan panduan gerak kerja ke arah menjaya misi PAS dan tuntutan politik semasa serta bersifat massa.
Diterbitkan pada 9 July 2011 Kategori Isu Semasa, Kenyataan Rasmi
Saat ini saya sedang berada di Masjidil Haram, Makkah al-Mukarramah menunggu waktu solat zohor dan menghadap wajah saya ke Kaabah. Insya-allah selepas Asar, saya akan bertawaf wida’ dan akan meninggalkan Tanah Suci. Baru sebentar tadi saya dimaklumkan tentang penahanan Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.
Saya juga dimaklumkan bahawa Timbalan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat adalah antara beratus-ratus orang yang telah ditangkap oleh polis kerana menyertai Bersih 2.0 pada hari ini.
Diterbitkan pada 6 July 2011 Kategori Isu Semasa, Ucapan, Uncategorized
Menghadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj.
Bismillahir Rahmanir Rahim – Dengan Nama Allah Yang Amat Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci
Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air
pada 10 Julai 2011. Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Raja Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.
Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah
diberi ampuni perkenan menghadap KDYMM Tuanku pada petang ini dan menyembahkan tuntutan-
tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihan raya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya. Patik
juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat
terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang
aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.
Diterbitkan pada 1 June 2011 Kategori Informasi, Isu Semasa
Sesungguhnya Umno menyambung kerja Inggeris, sebab itu mudah bagi dia untuk mempengaruhi rakyat yang sekian lama terdidik secara sekular. Kita, PAS pula menyambung kerja Nabi Muhammad SAW sehingga semua manusia yakin kerja politik dan agama tak boleh dipisahkan. Sebab itu Umno marah kepada PAS kerana melaksana kerja Nabi yang berlawanan dengan ajaran sekular. Pagar kita diceroboh oleh ayam kambing mereka. Kita kena tutup pagar kita daripada diceroboh, walaupun dimarah oleh Umno.
Persoalannya, apakah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad itu serupa dengan kehendak sekular (agama lain, politik lain). Kalau serupa dengan kehendak sekular, tidakkah tindakan Nabi Muhammad menyampaikan salam perjuangan, buat perjanjian, mengadakan hubungan diplomatik dengan ketua-ketua kerajaan di Eropah itu adalah semata-mata untuk menyampaikan dakwah Islam. Menunjukkan Islam yang dibawa oleh Nabi itu bukannya ajaran serupa sekular yang menjadi pegangan Umno.
Nabi dan politik bernegara
Demikian pula, Nabi sendiri ada cop mohor (cincin). Ia suatu lambang kuasa dalam urusan kerajaan dan politik bernegara. Dan di dalam al-Quran sendiri menyebutkan masalah muamalat, jenayah dan pemerintahan. Bukan hal spiritual sahaja. Hal kerajaan, peperangan dan perdamaian. Malah ketika peperangan turut dijelaskan aturan dan peraturan yang boleh dan tak boleh (do’s and don’t). Misalnya, ada pantang larang tak boleh bunuh orang tua, kanak-kanak, hatta golongan ‘ahbar’ yang berada di dalam gereja/biara tak boleh dibunuh semasa peperangan.