Arkib kategori ‘islam’

MAULIDUR RASUL 1434 – BERTEKAD MEMILIH PEMIMPIN YANG BERAMANAH

Diterbitkan pada Kategori islam

BULAN REJAB – BUKTI ADANYA BALASAN DI AKHIRAT

Diterbitkan pada Kategori islam

Firman Allah SWT:


Maksudnya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” (Al-Israa’ 17:1).

Satu kisah penting berlaku menurut firman Allah di atas adalah Nabi Muhammad SAW diperjalankan (israk) dan dinaikkan ke langit (mikraj) sampai ke langit dan kembali ke bumi Mekah. Ia berlaku pada 27 Rejab, kalendar Hijrah.

Salam Penghayatan Hari Wukuf Sempena Idul Adha 1432H

Diterbitkan pada Kategori islam, Ucapan

 

 

Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh, kepada semua umat Islam diucapkan selamat menyambut Hari Raya Idul Adha 1432H.Sebagaimana biasa (menjelang) Hari raya Idul Adha ialah berlaku sehari sebelumnya Hari Wukuf atau Hari Arafah. Hari untuk berhenti dan berdoa di Padang Arafah. Maka kita di Kelantan, sejak 18 tahun lalu turut mengadakan Majlis Menghayati Hari Wukuf. Ia sebagai tanda sama-sama menghayati cara ibadat haji para Jemaah Haji di Tanah Suci.

Perundangan Islam – Utamakan mencegah bukan menghukum

Diterbitkan pada Kategori islam, Ucapan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ(13
وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ (14)- النساء: 13-14

Yang bermaksud : Itulah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina. – Surah Al-Nisa’, ayat 13-14

Tema sambutan Hari Hududullah pada tahun 1432 Hijrah ini ialah “Hudud Satu Pencegahan dan Pendidikan, Bukan Hukuman”. Bermakna perundangan Islam termasuk hukum hudud amat mengutamakan prinsip mencegah dan mendidik umatnya ke arah keharmonian hidup bermasyarakat.

Hakikat Ketuhanan dan kekuasaan-Nya, Kelantan terus sejahtera

Diterbitkan pada Kategori Informasi, islam, Ucapan

Sedutan ucapan Majlis Santapan Malam Kesyukuran Diraja, 20 Rajab 1432H/22 Jun 2011 Istana Negeri, Kubang Kerian.

Maksudnya: “Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya” (Al-Quran Surah Ibrahim, ayat 34)

Alhamdulillah, sepenuh kesyukuran serta puji-pujian dipanjatkan ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita semua berkumpul di majlis kesyukuran ini. Semoga bertambah kasih sayang dan limpah kurnia berkat daripada Allah SWT.

Panduan kepimpinan menghadapi cabaran perjuangan Islam

Diterbitkan pada Kategori Informasi, islam, Ucapan

Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa (8); Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (10).” (Surah Asy-Syams 91:8-10)

Sesuatu yang penting dihayati dan diambil iktibar ialah mengenai pengiktirafan masyarakat Mekah kepada Nabi Muhammad SAW sebelum baginda dilantik oleh sebagai Rasul. Syakhsiyah baginda sudah masyhur sebagai seorang ‘al-amiin’ sudah diterima baik oleh semua lapisan masyarakat.

Berkebajikan sebagai aset menghadapi akhirat

Diterbitkan pada Kategori Informasi, islam

Semasa Yang Berhormat Dr. Siti Mariah Mahmood dan Yang Berhormat Senator Mumtaz Md Nawi mengunjungi saya bagi mendapatkan beberapa tip untuk meningkatkan amal kebajikan dalam parti, maka saya telah menyebutkan beberapa pengamatan yang dikira berkaitan dengan seruan meningkatkan iman dan takwa demi menjadi seorang insan yang berkebajikan. Ia adalah ramuan berkebajikan menghadapi akhirat.

1. Mengikut ajaran Al-Quran, dalam surah al-Mulk bererti Kerajaan. Semua Kerajaan hendaklah mengamalkan sistem yang sama dengan kehendak Kerajaan Allah Subhanahu wa Taala. Firman Allah (Al-Quran surah al-Mulk ayat 1):

Bermaksud: “Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai Kerajaan/pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

2. Allah Subhanahu wa Taala berkuasa buat dunia maka Dia juga penuh berkuasa membuat akhirat.

Dilema Melayu kerana tolak Islam

Diterbitkan pada Kategori islam, Ucapan

Kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1990 adalah tercatat dalam sejarah. Hakikatnya pelaksanaan DEB menyebabkan Bumiputera tak kemana, melainkan ada segolongan sahaja yang mengecapi nikmat. Tetap sasaran pemilikan kekayaan negara hanya 18 daripada 30 peratus yang disasarkan. Kenapaa gagal? Dr. Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr. Mahathir sembunyi punca?

Kita sedang menyambut maulud Nabi Muhammad SAW maka kita sepatutnya mengambil ajaran Nabi, iaitu mengajar kita menjalin persaudaraan dan berkasih sayang. Nabi tidak ajar kita supaya mementingkan bangsa. Justeru tidak harus kita mengungkitkan soal dilema atau tidaknya bangsa kita.

Bila sebut kepentingan satu-satu bangsa, sudah tentu akan ada bangsa lain yang sensitif dan berdendam. Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam, kerana inginkan kepentingan yang sama. Atas dasar inilah Islam mengajar kita mengutamakan persaudaraan. Lantaran atas nama bangsa akan timbul apa sahaja tindak balas berupa dendam kesumat.

Perutusan Maulidur Rasul 1432 Hijrah

Diterbitkan pada Kategori islam, Perutusan, Ucapan

Bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus berada di dalam bulan Rabiul Awwal untuk tahun 1432 ini. Rabiul Awwal sebagaimana yang kita umat Islam sedia maklum merupakan bulan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad SAW. Sekalipun seringkali saya ulangi, peristiwa kelahiran baginda tidaklah sebesar peristiwa perlantikan baginda sebagai rasul, kerana kelahiran adalah peristiwa yang berlaku kepada semua manusia. Namun tidaklah dinafikan bahawa pada bulan inilah umat Islam, termasuk di Malaysia keseluruhannya memperbaharui kecintaan mereka kepada Rasulullah SAW dengan mengadakan majlis-majlis maulud di sana sini khususnya di Kelantan ini.

Sehubungan dengan itu, sukalah saya mencadangkan agar pengisian Maulidur Rasul pada tahun ini dapat ditumpukan kepada topik semasa yang sedang berlaku di sekitar umat Islam pada hari ini. Topik-topik semasa amat perlu diketengahkan memandangkan al-Quran sendiri sebagai sumber hukum di dalam Islam diturunkan selama 23 tahun. Tujuan penurunan al-Quran selama 23 tahun ini antara lainnya bertujuan untuk menyesuaikan penurunan ayat-ayatnya dengan peristiwa semasa yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad SAW.