Diterbitkan pada 26 April 2012 Kategori Aktiviti, Informasi, Isu Semasa
Tanggungjawab untuk hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib bagi seluruh rakyat di negara ini, khususnya bagi kita yang cintakan keadilan. Semua rakyat sewajarnya dapat hadir pada program Bersih 3.0 dengan untuk “Duduk dan Bantah” terhadap proses pilihan raya di Malaysia hari ini. Ia merupakan misi untuk menegakkan keadilan dalam negara ini.
Diterbitkan pada 11 March 2012 Kategori Aktiviti, Informasi

Semalam (15 Rabi’ul Akhir 1433), berkesempatan meraikan tetamu dari tanah seberang, Indonesia. Beliau (Oki Setiana Dewi pelakon Bila Cinta Bertasbih seorang ikon seni di sisi anak muda. Terima kasih atas ketibaan, semoga menambah seri ‘wajah’ Kelantan Negeri Serambi Mekah yang unik dengan pelbagai nilai seni dan budaya.
Diterbitkan pada 18 January 2011 Kategori Aktiviti

Menumpang dunia ciptaan Tuhan seumpama persediaan menuju ke alam kehidupan akhirat yang kekal abadi. Maka landasan hidup di dunia kini harus diserasikan dengan kehendak ‘tuan’ yang menciptakan dunia ini, iaitu Allah SWT.
Firman Allah Allah (al-Quran surah al-Ankabut ayat 57)

Bermaksud: “Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).”
Justeru setiap daripada kita harus ingat apa sahaja yang kita buat di dunia ini, natijahnya tidak putus setakat dunia sahaja, tetapi akan dibawa ke akhirat. Maka sesuatu yang kita buat itu hendaklah serupa dengan apa yang Tuhan suruh dan tidak bersifat menderhaka kepada ‘tuan dunia ini’ (Allah SWT).