Ahli kongres Amerika puji UMNO?

Ramainya makhluk Allah di muka bumi ini dan ramainya makhluk itu seperti juga manusia yang tak dapat dibilang sorang-sorang. Makhluk malaikat, binatang, batu-batan, bukit bukau dan seumpamanya memang tak dapat dapat dibilang. Namun tidaklah kerana ramainya sehingga tidak terhitung, maka Allah tidak mengutuskan Nabi untuk mereka. Hakikatnya Allah mengutuskan Rasul atau Nabi kerana kemuliaan darjat manusia. Lalu yang ada Rasul dan Nabi hanya untuk manusia. Kerana tujuan manusia dijadikan oleh Allah adalah sebaik-baik kejadian. Ia menandakan manusia satu makhluk yang disayangi oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT;

“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan” (Al-Israa’  ayat 70).

Nabi Muhammad SAW sememangnya insan yang mulia, sehingga Allah SWT tidak menyebut nama baginda di dalam Al-Quran, tetapi disebut dengan nama-nama gelaran yang mulia – nabi, rasul, abdul – ia berbeza dengan nabi-nabi lain. Ini tandanya kemuliaan Nabi Muhammad SAW di sisi Allah.

Malangnya, zat yang disayangi Allah yakni Nabi Muhammad SAW telah ditolak ajarannya oleh UMNO. Buktinya apa yang Nabi Muhammad buat dan suruh tidak dibuat sepenuhnya oleh UMNO, meskipun telah berkuasa di Negara ini lebih 55 tahun.

Kalau sudah tolak apa yang Nabi Muhammad buat dan suruh, bermakna kita menolak apa yang diperintah Allah dalam Al-Quran dan Hadis Nabi.

Dalam soal perjuangan UMNO, apa yang Nabi buat telah tidak diterima, tiba-tiba pemimpin UMNO boleh terima dan pakai pula buah fikiran orang Barat yang tidak pun berpandukan ajaran Nabi Muhammad.

Mungkin atas bukti inilah, seorang ahli kongres Amerika Syarikat, Eni Faleomagaeva telah memuji apa yang dbuat oleh UMNO selama ini (Utusan Malaysia, 6 April 2012). Lalu ahli kongres itu memartabatkan demokrasi Malaysia sebagai lancar. Sedangkan dunia telah tahu, sepanjang masa proses pilihan raya di negara ini amat kotor dengan pelbagai penipuan.

Mungkin ahli kongres Amerika itu melihat demokrasi Malaysia dari kacamata Amerika Syarikat yang  telah banyak membawa huru-hara di Palestine, Afghanistan dan Iraq serta kebanyakan negara umat Islam. Justeru nilai kekotoran pilihan raya di Malaysia setaraf dengan minda demokrasi penguasa Amerika yang suka menjadi polis dunia – campur tangan mana-mana negara yang tidak sebulu dengan mereka.

Mengimbau rekod demokrasi Amerika itu, maka lebih daripada itu angkara Amerika jugalah yang mewujudkan tindakaan menghalal serangan ke atas negara-negara di dunia ini atas alasan untuk memerangi keganasan. Sedangkan itu adalah taktik terancang Amerika sendiri sehingga berlaku serangan 11 September 2001 ke atas bangunan WTC di New York, milik Amerika sendiri. Berlakulah  gerakan memburu Osama bin Laden , pertubuhan Al-Qaeda di seluruh dunia. Malah turut memaksa negara-negara lain agar bersekutu dengan mereka dalam agenda memerangi keganasan. Tidk ketinggalan Malaysia di bawah UMNO turut sama bersekongkol dalam memerangi keganasan. Sehingga dikatakan wujudnya jaringan Al-Qaeda di ngara ini bergelar KMM dan sebagainya.

Begitu pula, Amerika Syarikat turut memerangi Iran sehingga berjaya mempengaruhi Majlis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu dalam usaha mengenakan sekatan ke atas ekonomi Iran atas alasan Iran terlibat dengan persenjataan nuklear. Dalam hal ini, Malaysia telah mengambil langkah awal dengan menyekat pengeskportan minyak sawit ke Iran sebanyak 30,000 tan sebulan bermula Februari lepas. Dikatakan sekatan itu diambil sebelum sekatan rasmi dikuatkuasakan oleh Bangsa-bangsa Bersatu. Nampak sangat Malaysia di bawah pimpinan UMNO sekarang menjadi pak turut kuasa Amerika. Munasbahlah Amerika puji.

Inilah kuasa (Amerika) yang diagung-agung oleh UMNO sekarang. Ia menunjukkan suatu akhlak yang berlawanan dengan apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW supaya tidak mudah terikut-ikut dengan kuasa bukan Islam (Yahudi dan Nasrani) dalam semua hal. Maka munasabahnya dakwaan UMNO sekutu Amerika yang intim. Mungkin kerana UMNO sudah membayar sekian banyak kepada agen Yahudi APCO yang mempromosikan kepimpinan Malaysia di sisi Amerika.

Jelas UMNO sekarang ini bertanggungjawab terhadap sekular yang menjadi dasar perjuangan UMNO. Sedangkan semua pihak mengetahui betapa UMNO yang terima sekular, dan kini gaya UMNO mentadbir politik negara (demokrasi) telah dipuji oleh ahli kongres Amerika.

Amerika tidak pun puji PAS

Maka Amerika tidak pernah pun puji PAS, kerana mereka tahu PAS memperjuangkan Islam yang sudah tentu menyusahkan Amerika. Malah gaya perjuangan PAS dianggap bertentangan dengan amalan diplomasi Amerika yang tidak pernah berpihak kepada parti Islam.

Justeru dunia sepatutnya mengetahui betapa gelagat Amerika dalam isu pengeboman bangunan WTC di New York itu adalah suatu taktik kotor yang terbit daripada amalan demokrasi terkotor. Hal ini telah didedah sendiri oleh mantan tentera Amaerika. Betapa didedahkan berlaku perancangan rapi bagi menjadikan serangan itu sebagai helah Amerika untuk melakukan serangan ke atas kuasa umat Islam. Berlakulah serangan itu ke atas Iraq, Afghanistan, Indonesia dan beberapa negera lain.

Jelas, ia suatu pembohongan yang terdedah yang membuktikan Amerika Syarikat sebagai kuasa yang tidak berakhlak menjadi pujaan UMNO sekarang ini.

Bookmark and Share   

Entri Berkaitan