Diterbitkan pada 27 May 2012 Kategori islam
Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui” (Al-Israa’ 17:1).
Satu kisah penting berlaku menurut firman Allah di atas adalah Nabi Muhammad SAW diperjalankan (israk) dan dinaikkan ke langit (mikraj) sampai ke langit dan kembali ke bumi Mekah. Ia berlaku pada 27 Rejab, kalendar Hijrah.
Diterbitkan pada 9 May 2012 Kategori Isu Semasa
Berarak berakar di Kuala Lumpur, akar ini pula bermula sebagai aktiviti keduniaan. Namun setiap aktiviti di dunia, Islam mengajaarnya, pasti pengakhirnya ialah pembalasan di akhirat. Oleh sebab itu, tingkah laku manusia perlu selari dengan prinsip agama yang membolehkannya sampai ke syurga. Sama sekali ia tidak boleh selari dengan kahidupan yang menjurus ke neraka.
Diterbitkan pada 8 May 2012 Kategori Kenyataan Media
Saya membaca laporan akhbar tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Tan Sri Dr. Abdul Shukor Hussin tentang Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang dan kekacauan di dalam negara. Menurut laporan akhbar, beliau menyatakan bahawa Islam membenarkan mencari keadilan tetapi melaui tindakan beradab.