Arkib pada September, 2011

Perundangan Islam – Utamakan mencegah bukan menghukum

Diterbitkan pada Kategori islam, Ucapan

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ(13
وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ (14)- النساء: 13-14

Yang bermaksud : Itulah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina. – Surah Al-Nisa’, ayat 13-14

Tema sambutan Hari Hududullah pada tahun 1432 Hijrah ini ialah “Hudud Satu Pencegahan dan Pendidikan, Bukan Hukuman”. Bermakna perundangan Islam termasuk hukum hudud amat mengutamakan prinsip mencegah dan mendidik umatnya ke arah keharmonian hidup bermasyarakat.

Negeri Berkebajikan – Model Kelantan

Diterbitkan pada Kategori Informasi, Isu Semasa, Ucapan

Bermaksud: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada Hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di Dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” – Surah al-Baqarah, ayat 185

Segala puji bagi Allah SWT selaku Pencipta, Pemerintah dan Pemelihara alam semesta. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda dan para pengikut setia baginda hingga ke akhir zaman. Atas limpah kurnia dan izin-Nya maka Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden tahun 2011 kali ini berjaya diadakan.

Justeru, rakaman terima kasih dan tahniah, pertamanya diucapkan kepada Dato’ Seri Tuan Guru Presiden atas ucapan dasar Muktamar PAS kali ke-57 pada 3 Jun 2011 bertempat di Dewan Dato’ Fadhil Noor ini. Atas tema MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN maka boleh disifatkan sebagai satu anjakan paradigma pemikiran politik PAS selaku sebuah gerakan politik-dakwah yang menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan. Ternyata, di sebalik tema ucapan dasar tersebut adalah mengandungi mesej yang jelas untuk dijadikan panduan gerak kerja ke arah menjaya misi PAS dan tuntutan politik semasa serta bersifat massa.