Arkib pada March, 2011

Berkebajikan sebagai aset menghadapi akhirat

Diterbitkan pada Kategori Informasi, islam

Semasa Yang Berhormat Dr. Siti Mariah Mahmood dan Yang Berhormat Senator Mumtaz Md Nawi mengunjungi saya bagi mendapatkan beberapa tip untuk meningkatkan amal kebajikan dalam parti, maka saya telah menyebutkan beberapa pengamatan yang dikira berkaitan dengan seruan meningkatkan iman dan takwa demi menjadi seorang insan yang berkebajikan. Ia adalah ramuan berkebajikan menghadapi akhirat.

1. Mengikut ajaran Al-Quran, dalam surah al-Mulk bererti Kerajaan. Semua Kerajaan hendaklah mengamalkan sistem yang sama dengan kehendak Kerajaan Allah Subhanahu wa Taala. Firman Allah (Al-Quran surah al-Mulk ayat 1):

Bermaksud: “Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai Kerajaan/pemerintahan (dunia dan akhirat) dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

2. Allah Subhanahu wa Taala berkuasa buat dunia maka Dia juga penuh berkuasa membuat akhirat.

Kelantan bertegas tidak membenarkan premis judi

Diterbitkan pada Kategori Isu Semasa, Kenyataan Media

Sepanjang seminggu lepas, pihak media begitu ghairah memutar isu pengharaman premis judi di Negeri Kelantan. Meskipun pengharaman itu sudah berlangsung 20 tahun yang lalu, namun ia diperhangatkan semula berikutan Kerajaan Pusat pimpinan Umno meluluskan penjualan loteri Big Sweep. Maka ada parti politik tertentu sudah tidak berpuas hati dengan polisi pengharaman premis judi sejak dasar Membangun Bersama Islam dilaksanakan.

Firman Allah SWT (Al-Quran Surah Al-Maidah 5:90):

Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Polisi Negeri Kelantan selama ini adalah berpegang kepada kaedah fekah (qawaid fiqhiyyah ): “mengelak kemudaratan umum lebih utama daripada yang khusus.” Ia selari dengan sejarah pemerintahan Islam yang belum pernah mencatatkan mana-mana kerajaan di bawah mana-mana Khalifah membenarkan aktiviti judi kerana judi itu seolah-olah telah membunuh aktiviti ekonomi rakyat.