Arkib pada January, 2011

Tips akhirat untuk blogger & facebooker

Diterbitkan pada Kategori Aktiviti


Menumpang dunia ciptaan Tuhan seumpama persediaan menuju ke alam kehidupan akhirat yang kekal abadi. Maka landasan hidup di dunia kini harus diserasikan dengan kehendak ‘tuan’ yang menciptakan dunia ini, iaitu Allah SWT.

Firman Allah Allah (al-Quran surah al-Ankabut ayat 57)

Bermaksud: “Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).”

Justeru setiap daripada kita harus ingat apa sahaja yang kita buat di dunia ini, natijahnya tidak putus setakat dunia sahaja, tetapi akan dibawa ke akhirat. Maka sesuatu yang kita buat itu hendaklah serupa dengan apa yang Tuhan suruh dan tidak bersifat menderhaka kepada ‘tuan dunia ini’ (Allah SWT).

Kenyataan Media berhubung kehadiran majlis santapan malam KDYMM Yang Dipertuan Agong

Diterbitkan pada Kategori Kenyataan Media

Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan, baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut:

Sewaktu saya berada di hospital, HUSM Kubang Kerian saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa pemimpin termasuk Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur [24 Disember 2010]. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut.

Adalah sangat tidak beretika dan beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap.

Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian-andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak Istana.

Terima kasih. Wassalam.

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN
AL-MURSYIDUL AM PAS

Kota Bharu.
29 MUHARAM 1432/4 Januari 2011.