Arkib pada October, 2010

Jawapan kepada Muhyiddin – Fatwa Ikut Suka PAS

Diterbitkan pada Kategori Isu Semasa, Ucapan

Bismillahhirrohmanirrohim

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu kembali kepada Allah (Al-Quran) dan RasulNya (Sunnah), j ika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.
(Surah An-Nisa’ 4:59)

Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden Umno ketika berkempen di Galas, semalam (27 Oktober) yang disiarkan (Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, ms 3) dengan tajuk TPM BIDAS ’FATWA’ IKUT SUKA PAS.”

Ucapan Sempena Majlis Sambutan 20 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam Negeri Kelantan

Diterbitkan pada Kategori Ucapan

Pada 12 Zulkaedah 1431 bersamaan 20 Oktober 2010, jam 9.00 malam di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC), Kota Bharu.

Firman Allah SWT, (Surah Al Hasyr Ayat 18) bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan larangannNya); dan hendaklah tiap-tiap diri, melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). (Sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha meliputi pengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.

Alhamdulillah segala syukur dan pujian itu hanya bagi Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda serta sekalian sahabat dan pendukung perjuangan baginda.

Kuburkan Fasis Tegakkan Keadilan Untuk Semua

Diterbitkan pada Kategori Isu Semasa, Ucapan

Ucapan Sempena forum “Menentang Pemerintahan Fasis, Kuburkan Rejim UMNO” Anjuran SUARAM Johor pada 9 Zulkaedah 1431/17 Oktober 2010 Di Taman Universiti Sport Club, Skudai, Johor.

Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat. (2) (Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samada dia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun dia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka)
(Al-Insaan 76:2-3)

Islam Menghebatkan Melayu

Diterbitkan pada Kategori Ucapan

Kita berbangga kerana kejayaan satu-satu usaha. Menjadi satu-satu bangsa bukan kerana usaha apa-apa, ditakdirkan Allah begitu. Tidak adil bagi Allah kiranya Dia melebihkan satu-satu bangsa atas bangsa lain. Bangsa yang tidak dilebihkan akan terasa hina tak pasal-pasal.

Allah sendiri berfirman:

Bermaksud: “Hai, manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mengenal.
(Surah Al Hujuraat, ayat 13)

Sidang DUN Melakar Sejarah

Diterbitkan pada Kategori Ucapan

Hari ini (21 Syawal 1431 bersamaan 30 September 2010) persidangan khas Dewan Undangan Negeri Kelantan yang ke-12 telah melakar sejarah. Ini kerana persidangan kali ini telah meluluskan usul merafak sembah setinggi-tinggi tahniah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V di atas perlantikan dan pemasyhuran sebagai Sultan dan YangDi-Petuan bagi Negeri Kelantan Darulnaim serta Jajahan Takluknya pada 4 Syawal 1431H bersamaan 13 September 2010.

Usul dari pihak Kerajaan Negeri Kelantan itu telah telah dikemukakan oleh Yang Berhormat (YB) Haji Abdullah Ya’kub, ADUN Air Lanas, dan diikuti perbahasan ucapan sokong oleh YB Haji Drs. Zainuddin Awang Hamat serta diikuti sokongan pihak Ketua Pembangkang merangkap ADUN Kok Lanas, YB Datuk Haji Alwi Che Ahmad.

Terima kasih kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan. Oleh itu, saya bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan amat berbesar hati dan berbangga atas rakaman merafak sembah setinggi-tinggi tahniah secara rasminya itu. Ia merupakan suatu ketandaan taat setia tidak berbelah-bahagi pihak kepimpinan yang sentiasa bernaung di bawah pemerintahan Tuanku Sultan Muhammad Ke-V. Turut dirakamkan adalah rasa kenangan yang tidak terhingga atas naungan sepanjang pemerintahan Tuanku Sultan Ismail Petra, ayahanda kepada Tuanku Sultan Muhammad Ke-V.

Sempena dengan itu, saya dengan ini mengemukakan rakaman merafak sembah sempena pemasyhuran pada 4 Syawal 1431 bersamaan 13 september 2010 yang lalu.