Arkib pada August, 2010

Tekad Bersama Melaksana Hududullah

Diterbitkan pada Kategori Ucapan

Firman Allah SWT:

Bermaksud : Ini ialah satu “surah” yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).

Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan keizinan daripadaNya, atas sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan Darulnaim untuk tahun 1431 kali ini. Tahniah kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan kerana berjaya mengadakan sambutan tersebut pada 9 Ramadhan bersamaan 19 Ogos 2010 yang merupakan sambutan tahunan amat penting bagi seluruh rakyat Kelantan.

Ramadhan: Memenuhi Fitrah Manusia

Diterbitkan pada Kategori Ucapan

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
Surah al-Baqarah, ayat 183.

Memahami tujuan hidup
Manusia terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi di antara satu sama lain. Unsur tersebut ialah tubuh dan roh. Sejak zaman berzaman, tubuh jika mengalami sebarang masalah dapat dirujuk kepada bomoh dan hari ini digelar sebagai doktor. Kesemuanya ini dirujuk apabila tubuh ditimpa sebarang penyakit. Manakala roh ataupun jiwa, jika ditimpa sebarang masalah akan dirujuk kepada pawang atau bomoh.