Arkib pada July, 2010

Kenyataan Media: Temu Ramah Datuk Seri Anwar Ibrahim Di Sinar Harian

Diterbitkan pada Kategori Isu Semasa, Ucapan

Bismillahir-rahman nir-rahim

Tahniah, itulah kenyataan yang dapat saya ucapkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah saya membaca kandungan temu ramahnya dalam Sinar Harian (16 Syaaban 1431/28 Julai 2010).

Ternyata Anwar seorang yang memiliki ketegasan dalam mempertahankan prinsip perjuangannya. Ketegasan yang sama pernah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW semasa berhadapan dengan pelbagai fitnah pihak pembesar Quraisy. Kerana di atas ketegasan mempertahankan kebenaran perjuanganlah, maka Nabi sanggup berhijrah meninggalkan Kota Mekah menuju ke Madinah. Oleh sebab itu, Nabi tidak pernah bertolak ansur dengan pelbagai tawaran pihak pembesar Quraisy agar meninggalkan perjuangan.

Penjelasan Dan Kesal Atas Berita Bernama

Diterbitkan pada Kategori Isu Semasa, Kenyataan Akhbar

Sukacita saya merujuk kepada berita disiarkan Bernama Online (3 Julai, 2010) bertajuk “Nik Aziz Akui Wujud Perpecahan Parti Untuk Berebut Jawatan Pada Muktamar PAS Tahun Depan” dan awal-awal saya tegaskan tajuk dan kandungan beritanya adalah tidak benar dan di luar konteks apa yang saya maksud. Saya dapati keseluruhan laporan itu merupakan tanggapan pihak Bernama sendiri dan bukannya dari maksud sebenar kenyataan saya.

Paling malang lagi, apabila laporan agensi milik kerajaan Barisan Nasional itu telah dijadikan rujukan, malah disiarkan oleh beberapa akhbar. Antaranya akhbar online Malaysian Insider, dan akhbar cetak seperti Berita Minggu, Sinar Harian dan Sunday Star.
Namun, akhbar online Malaysiakini turut menyiar kandungan laporan Bernama, tetapi diharmonikan dengan tajuknya sendiri, iaitu “Nik Aziz cadang tiada pemilihan dalam muktamar.” Itupun masih tidak tepat, kerana pemilihan dibenarkan di dalam perlembagaan PAS. Sedangkan, pada sidang media tersebut, saya telah merujuk kepada asas perlembagaan PAS yang perlu dipatuhi demi mengelak apa-apa perbalahan, mahupun perpecahan.

Judi, Amalan Merosakkan Fikiran

Diterbitkan pada Kategori Isu Semasa, Ucapan

Dalam kehangatan sorakan kejohanan bola sepak piala dunia 2010 di Afrika Selatan sekarang, kita di Malaysia pula diriuhkan dengan pelbagai kenyataan “tidak beragama’ beberapa pemimpin Umno yang menyokong cadangan pemberian lesen judi bola. Kononnya bagi memenuhi tuntutan orang bukan Islam. Sehingga memaksa berlaku demontrasi umat Islam menolak cadangan kerajaan Barisan Nasional itu.

Tidak ketinggalan pula, munculnya suara tegas pihak bukan Islam, khususnya masyarakat Cina yang menyangkal dakwaan pemimpin Umno bertaraf menteri kerana mengaitkan judi dengan masyarakat Cina.