Arkib pada March, 2010

Tahniah Dan Ikrar Taat Setia Untuk KDYMM Al-Sultan

Diterbitkan pada Kategori Ucapan

Alhamdulillah, segala syukur dan pujian itu hanya bagi Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan ahli keluarga baginda serta sekalian sahabat yang terpilih.
Firman Allah S.W.T.

Bermaksud:
Katakanlah (Wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan daripada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghinakan sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkau sajalah adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Surah Ali-’Imran 3:26)

Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Ibni Al-marhum Sultan Yahya Petra pada 14 Rabiul Akhir 1431 bersamaan 30 Mac 2010, maka dengan ini saya dan seluruh warga pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan Darulnaim bersama-sama menzahirkan ucapan tahniah dan ikrar taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra, Sultan Kelantan.

Perutusan Sempena Dua Tahun Pakatan Rakyat

Diterbitkan pada Kategori Politik, Ucapan

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya,

1) Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.