Arkib pada February, 2010

Maulidur-Rasul, Amalkan Setiap Hari Dan Sepanjang Tahun

Diterbitkan pada Kategori Ucapan

Firman Allah SWT:

…dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya).
(Surah al-Hasyr 59:7)

Alhamdulillah, kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah memberikan kita kesempatan meneruskan hidup sebagai khalifah-Nya di bumi ini. Seterusnya diberikan pula kesempatan untuk menyambut Maulidur-Rasul bagi tahun 1431H pada kali ini.

Sumbangan Kifalah, Bukti Kelantan Negeri Berkebajikan

Diterbitkan pada Kategori Ucapan

Sempena penyampaian sumbangan kifalah kepada wasi peringkat Negeri Kelantan pada 7 Februari 2010, di Padang Majlis Daerah Machang.

Firman Allah subhanahu wa taala,

Maksudnya, ”Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda, yang mana Allah telah menjadikan kamu sebagai wakil dalam menguasai dan menguruskannya. Maka orang-orang yang beriman di antara kamu, serta membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah), mereka tetap beroleh pahala yang besar.”
(Surah al-Hadid, ayat 7)

Segala pujian bagi Allah, Tuhan Sekalian Alam, salawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga baginda.Tidak dilupakan doa kita kepada ibu bapa yang telah pergi lebih awal meninggalkan kita; semuga Allah mengampunkan mereka.

Mesej keharmonian hidup beragama

Diterbitkan pada Kategori Ucapan

Sempena Majlis Merai Ketua-Ketua Agama,12 Safar 1431 bersamaan 28 Januari 2010

Bismillahhir Rahmanir-Rahim, firman Allah yang bermaksud,

Rasul (Nabi Muhammad S.A.W) sendiri telah beriman kepada Al-Quran yang diturunkan kepadanya dari tuhan, demikian pula orang-orang yang beriman . Semuanya beriman kepada Allah, malaikat-malaikatnya, kitab-kitabnya dan rasul-rasulnya (mereka mengatakan), “Kami tidak membeza-bezakan antara seorang pun (dengan yang lain) dari rasul-rasulnya”, dan mereka mengatakan, “Kami dengar dan kami taat.” (Mereka berdoa), “Ampunilah kami ya Tuhan kami dan kepada engkaulah tempat kembali.
(Surah Al-Baqarah ayat 285 )

Alhamdulillah, dengan limpah rahmat dan perkenan daripada Allah S.W.T jua, sekali lagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan Darulnaim, mengambil langkah mengadakan Majlis Jamuan Makan Tengahari yang serba sederhana, pada hari yang sangat bersejarah ini.