Arkib pada October, 2009

PAS : Keperluan Muktamar Khas Luarbiasa?

Diterbitkan pada Kategori Isu Semasa, Politik, Ucapan

Latarbelakang:
Jarang sekali hati saya menjadi tidak sedap sepanjang melibatkan diri dalam kepimpinan Islam. Hati saya pernah bergolak dizaman bekas Presiden PAS yang mahsyur iaitu di zaman Allahyarham Dato’ Haji Mohamad Asri. Di peringkat itu, saya terpaksa bersuara dan menunjukkan sikap saya yang ada sebahagiannya dirakamkan melalui buku saya yang berjodol “kemuncup dalam perjuangan.” Di waktu itu, saya masih ingat betapa sukarnya saya untuk memilih antara menegur atau mendiamkan diri. Namun, setelah teringat bahawa Nabi SAW juga pernah ditegur oleh Allah SWT, maka, saya memutuskan untuk berdiri dengan santun dan saya pun katalah jua apa yang munasabah untuk dikata. Saya memilih untuk mengambil sikap ini berasaskan adanya hujah nas yang memboleh, bahkan dalam keadaan-keadaan tertentu bersifat wajib untuk berbuat demikian. Sampai ke hari inipun saya masih berpegang dengan pendirian ini.

Untuk lebih terpimpin, mari kita terlebih dahulu perhatikan tiga petikan surah dan latar peristiwa disekitar tiga kisah ini. Ia ada dirakamkan didalam kitab suci al-Quran.

Matan penyediaan VCD rayuan pengundi tentera di kem-kem askar untuk pilihan raya kecil DUN 31 Bagan Pinang

Diterbitkan pada Kategori Isu Semasa, Politik, Ucapan

1. Kedudukan tuan-tuan sebagai tentera sudah betul dan cukup bertepatan dari segi Islam.

2. Mahu tidak mahu kehidupan tuan-tuan seharian semuanya bergadai nyawa melibatkan persiapan berupa kawad dan pembarisan, peluru, senjata senapang dan M16 termasuk bom, letupan, jip, trak, kereta kebal dan kapal selam.

Pilihan raya kecil kawasan DUN Bagan Pinang (N31) pada 11 Oktober 2009

Diterbitkan pada Kategori Isu Semasa, Politik

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Kamu akan melihat manusia memasuki Agama Allah dengan berbondong-bondong(tanpa mengira bangsa dan bahasa).”
Surah An-Nashr Ayat 1 dan 2

Mari kita sama-sama panjatkan seribu satu kesyukuran kepada Pencipta langit dan bumi kerana dengan izin dan restu-Nya dapatlah juga saya berkongsi sama menumpahkan sedikit rasa hati .