Diterbitkan pada 28 July 2009 Kategori Kenyataan Akhbar

Kota Bharu, 27 Julai 2009. Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau telah mahukan perpaduan dan kerjasama diantara UMNO dan PAS.
Ketika bercakap kepada PAS TV pagi ini di pejabatnya, Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau mahukan Barisan Nasional menunaikan tanggungjawabnya sebagai Kerajaan Pusat seperti yang diamanahkan dan atas dasar itu beliau bersedia mengetuai usaha menjalinkan hubungan antara Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat.
“Saya usulkan hubungan dua kerajaan (Negeri dan Pusat) dipulihkan sesuai dengan semangat federalisme,” kata Nik Aziz.
Diterbitkan pada 22 July 2009 Kategori Takziah
Warkah Takziah
Saya cukup tergamam apabila menerima berita penuh misteri di hari pemergian mendiang Teoh Beng Hock pada awal petang 16 Julai 2009. Lebih tragik apabila bencana yang menimpa mendiang, berlaku sewaktu beliau sedang menjadi tetamu kepada SPRM; ketika beliau sedang memberikan kerjasama ke atas sebuah kes dalam siasatan.
Dalam Islam, tidak syak lagi tetamu wajib dihormati, bahkan dilindungi. Tidak boleh sekali-kali timbul sebarang syak akan status keselamatan tetamu dalam apa jua keadaan kerana sebaik-baik tetamu diterima sebagai tetamu maka Islam secara otomatik mewajibkan jaminan perlindungan diberi oleh tuan rumah. Jaminan perlindungan ini meliputi soal maruah, air muka, keturunan, harta benda dan nyawa. Ini soal hak asasi yang dijamin oleh Islam. Ini konsepnya.
Diterbitkan pada 13 July 2009 Kategori Keratan AKhbar
KOTA BHARU, 13 Julai (Hrkh) – Semua kakitangan kerajaan negeri, Persekutuan dan swasta yang bertugas di negeri ini mendapat ‘cuti am’ esok (14 Julai 2009) yang diambil atas ‘Cuti Peristiwa’. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengumumkan perkara itu di pejabatnya kira-kira pukul 9.15 pagi tadi.
“Setelah menghalusi dan mempertimbangkan keadaan hari pembuangan undi pilihan raya kecil Manek Urai yang barangkali dilihat sedikit tidak cermat, yang jatuhnya pada hari bekerja dan boleh menimbulkan banyak kesulitan, maka bersifat simpati kepada para pengundi dan anggota keluarga terlibat, saya bercadang untuk mengistiharkan 14 Julai sebagai cuti am bagi seluruh negeri Kelantan,”ujarnya lagi.
Diterbitkan pada 10 July 2009 Kategori Politik, Ucapan
Bismilllahir Rahmanir Rahim
Dalam keadaan yang tersangat berat kita terpaksa menerima sebuah perpisahan. Pada kira-kira jam 6.00 pagi tanggal 22 Jamadil Awal 1430 (Jumaat)/22 Mei 2009, Allah S.W.T. telah menjemput Almarhum Pak Su kita menemuiNya. Rupa-rupanya kasih sayang Allah S.W.T melebihi nilai kasih sayang kita kepada Pak Su Wel kita. Demikianlah resam kehidupan yang bernama hidup dan mati. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.”
- Surah Ali’Imran : Sebahagian dari Ayat 185
Sama juga halnya dalam satu ayat yang lain:
Diterbitkan pada 8 July 2009 Kategori Surat Debat
Assalamualaikum WM WB.
Semoga YAB. Dato’ Seri sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan beroleh petunjuk yang berpanjangan dari Allah SWT dalam memimpin Negara.
YAB Dato Seri,
Cadangan Mengadakan Debat Ilmiah Isu UMNO Parti Menolak Islam
Dengan segala hormatnya, di maklumkan bahawa saya ada menerima khabar tentang laporan polis yang dibuat oleh anak buah di Kelantan Dato’ Seri berhubung dengan perkara di atas. Pada dasarnya, saya lebih banyak berlapang dada.